Monday, February 7, 2011

Tip-tip Memupuk & Membina Keyakinan Diri


Keyakinan Dengan Diri Sendiri:

1) Percaya pada diri:
Katakan anda boleh. Anda adalah khaira ummah (sebaik-baik umat) dan sebaik-baik ciptaan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (Surah al-Tin 95:4)

2) Jangan takut dan teragak-agak
melakukan sesuatu yang positif dan baik. Buang rasa malu yang tidak bertempat.

3) Lihat kelebihan diri dan kaji serta baiki kekurangan yang ada.
Pastikan anda benar-benar tahu apa yang anda inginkan dalam hidup ini.

4) Sentiasa berfikiran positif.
Badan perlu sihat dan minda sentiasa cergas

5) Sentiasa bersedia
Jangan bertangguh-tangguh daripada mencuba dan melakukan sesuatu yang anda belum tahu atau mahir atau belum berani melakukannya.

6) Hargai diri.
Hargailah setiap anugerah yang Allah anugerahkan dan berterima kasih kepada Allah.

7) Tabah dan cekal menghadapi sebarang halangan atau musibah.

Keyakinan Dengan Orang Lain:

1) Pilih kawan dan komuniti (masyarakat) yang boleh membina keyakinan anda.

2) Elakkan daripada mereka yang suka memperkecil atau menakut-nakutkan anda. Kata hukama, "Siapa kita lima tahun akan datang akan ditentukan oleh buku apa yang kita baca dan dengan siapa yang kita bergaul pada hari ini".

3) Cari role model (qudwah hasanah) sebagai contoh ikutan. Dan sebaik-baik role model ialah para nabi.

4) Maafkan kesalahan orang lain dan mudah meminta maaf jika bersalah. Ini akan memberi kita rasa harmoni dan ceria untuk bergaul dengan orang lain. Dan inilah juga yang akan membina sikap yakin diri ketika berhubung sesama manusia.

5) Bergaul dengan teman-teman dan individu yang mempunyai keyakinan tinggi dan sentiasa mendorong kita untuk maju.

6) Berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain yang telah mahir. Ini satu tindakan yang tidak adil terhadap diri anda. Sebaliknya cukuplah memastikan bahawa pencapaian peribadi anda lebih baik dari sehari ke sehari

*Sources: (AH.blogspot)*

No comments:

Post a Comment